26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

‘Pak guard’ jumpa wang tunai RM500,000 dalam bagasi

Mesti Baca

PENGAWAL keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya tidak menyangka bagasi yang ditemui di tempat meletak kenderaan di premis berkenaan berisi wang tunai melebihi RM500,000.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengawal keselamatan warga tempatan berusia 30-an semalam berkaitan penemuan sebuah bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana kira-kira jam 8 pagi.

Menurutnya, hasil pengiraan mendapati beg itu berisi wang kertas RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000.

“Kita percaya wang berkenaan adalah tulen. Bagaimanapun kita akan sahkan dengan Bank Negara Malaysia (BNM).

Advertisements

“Justeru, kita minta mana-mana individu yang ada tertinggal bagasi berisi wang lebih RM500,000 untuk tampil ke Balai Polis Petaling Jaya atau menghubungi 03-79662222,” katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya hari ini.

Menurutnya, polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat beli-belah berkenaan namun tidak memfokus kepada lokasi bagasi tersebut ditemukan.

“Susulan itu, kita membuka siasatan di bawah kertas inkuiri polis berkaitan penemuan wang berkenaan.

“Jika pemilik ingin menuntut wang berkenaan, kita minta turut membawa bukti-bukti berkaitan. Bagaimanapun sekiranya ia tidak dituntut, wang ini kita akan serahkan kepada pihak mahkamah untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan