25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Video tular: Kerajaan tiada niat ambil hak harta pusaka beku

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) menegaskan tajuk video tular mengenai harta pusaka bertentangan dengan kandungannya malah menjadi fitnah tidak berasas terhadap kerajaan.

MOF menerusi kenyataan memaklumkan, kandungan tersebut datang daripada pengasas sebuah syarikat amanah swasta yang tidak dimiliki kerajaan.

“Perlu difahami bahawa kerajaan tidak mempunyai niat mengambil harta pusaka beku untuk menjadi haknya.

“Syarikat tersebut memberikan cadangan kepada kerajaan untuk memperkenalkan insentif kepada waris-waris menuntut harta pusaka terbeku yang kini mencecah RM70 bilion,”menurut kementerian itu.

Advertisements

Kementerian tersebut turut menyatakan, cadangan yang diketengahkan syarikat itu adalah supaya harta pusaka terbabit boleh dipulangkan semula kepada rakyat.

“Daripada tersekat dan dibiarkan, harta pusaka ini sekali gus pulang ke dalam kitaran ekonomi dan menyumbang kepada hasil negara,”menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, kandungan video terbabit tular sehingga mendapat perhatian warganet kerana kerajaan menyentuh soal harta pusaka dan bakal dibentangkan sebagai cadangan dalam Belanjawan 2024 pada 13 Oktober nanti. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan