27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

MITI halusi cadangan naikkan tahap jumlah kenderaan ‘recorn’

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI) akan bekerjasama dengan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) dalam memperhalusi justifikasi untuk menaikkan tahap jumlah kenderaan import terpakai.

Jumlah kenderaan import terpakai setakat ini adalah 35,000 dan dicadangkan kepada 50,000 unit setahun.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, justifikasi itu juga perlu dibincangkan bersama Kementerian Kewangan berdasarkan data-data terkini yang diperoleh.

“Had kepada 50,000 unit dimohon untuk ditingkatkan kerana tahap yang ada sekarang sudah lebih 30 tahun dan tidak memberi gambaran apa yang telah berlaku dalam masa tahun ini.

“Kementerian akan memperhalusi dan akan bekerjasama dengan PEKEMA untuk mencari asas justifikasi kenapa tahap ini perlu dilihat semula.

“Kita akan buat keputusan berdasarkan data-data yang terkini dan pada masa sama, isu ini perlu dibincangkan dengan pihak MOF,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA ke-42 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur, semalam.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul turut menyeru ahli PEKEMA mengambil peluang daripada penambahbaikan garis panduan pelantikan syarikat permit import (AP) baharu untuk kenderaan elektrik (EV).

Kapasiti enjin setara melebihi 1,800 cc bagi kereta dan melebihi 250 cc bagi motosikal diberi pengecualian sementara untuk kenderaan EV yang diimport sepenuhnya (CBU) sehingga 31 Disember 2025.

Katanya, ahli perlu mengambil peluang ini untuk mengenalpasti dan mendapatkan hak sebagai pengimport eksklusif jenama-jenama EV terkenal untuk dibawa masuk dan dipasarkan ke Malaysia.

Advertisements

Ini termasuklah perancangan dalam memasang secara tempatan (CKD) di Malaysia.

Sementara itu,Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, peningkatan kenderaan import itu akan memberi faedah kepada industri hiliran dan menambah penjanaan ekonomi melebihi RM2 billion setiap tahun, selain pertumbuhan dalam pasaran kenderaan negara.

Pada majlis sama Presiden PEKEMA terdahulu, Datuk Zainuddin  Abd Rahman, mengumumkan untuk bersara selepas 38 tahun menerajui persatuan itu.

“Selama 14 tahun saya telah menjadi Presiden dan 19 tahun sebagai Timbalan Presiden dalam PEKEMA.

“Ini bermakna sudah 38 tahun saya bersama persatuan ini. Sudah cukup untuk saya berkhidmat, dan saya bersara dalam PEKEMA ketika persatuan ini berada di tahap yang baik.

“Saya lepaskan jawatan kepada Timbalan saya untuk mengambil tanggung jawab ini,”  katanya selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung berkenaan.

Jawatan Presiden itu kini diserahkan kepada Timbalannya, Datuk Mohamed Nazari Noordin.

“Tiada pertandingan dan pemilihan Datuk Mohamed Nazari adalah menang tanpa bertanding,” katanya lagi.

Buat masa ini, beliau mengambil keputusan untuk berehat selepas bersara dan terbuka memberi khidmat nasihat kepada PEKEMA sekiranya diperlukan. -Edisi 9

 

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan