30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

PM yakin Malaysia dapat manfaat destinasi pelaburan ADQ

Perdana Menteri turut mengharapkan hubungan perdagangan dan pelaburan Malaysia-UAE dapat dieratkan lagi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Malaysia akan mendapat manfaat yang besar daripada menjadi sebahagian daripada destinasi pelaburan masa depan ADQ, iaitu syarikat pelaburan berfokuskan kelestarian yang berpangkalan di Abu Dhabi.

Dalam masa sama, beliau turut mengharapkan hubungan perdagangan dan pelaburan Malaysia-UAE dapat dieratkan lagi.

Ini susulan pertemuan Perdana Menteri dengan Menteri Pelaburan UAE, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ADQ, Yang Mulia Mohamed Hassan Al Suwaidi.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, di Abu Dhabi, salah satu mesyuarat terawal beliau adalah dengan Yang Mulia Mohamed bin Hassan Al Suwaidi, Menteri Pelaburan UAE, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ADQ.

“Saya dimaklumkan, ADQ merupakan syarikat pelaburan berfokuskan kelestarian yang berpangkalan di Abu Dhabi.

Advertisements

“Hatta, saya yakin Malaysia akan mendapat manfaat yang besar daripada menjadi sebahagian daripada destinasi pelaburan masa depan ADQ sementelahan memasarkan Malaysia sebagai pangkalan atau hab mereka ke pasaran ASEAN,”katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Emiriah Arab Bersatu, Pemerintah Abu Dhabi, Syeikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan di Istana Presiden, Abu Dhabi.

Perdana Menteri berkata, hubungan perdagangan dan pelaburan Malaysia-UAE sememangnya kukuh dari dahulu lagi.

Berikutan itu, menjadi harapan beliau agar pertemuan ini bakal menguatkan lagi hubungan antara kita.

“Saya yakin Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan agensinya Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) serta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) juga sedang bertiwikrama dalam menambahbaik landskap pelaburan dan perdagangan di Malaysia.

“Sekali lagi, terima kasih H.E. Mohamed Hassan Al Suwaidi dan seluruh pasukan atas kepercayaan dan keyakinan anda terhadap Malaysia,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bekas kakitangan Utusan dapat persetujuan Mahkamah Persekutuan

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan