26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kes demam denggi menurun, tiga kematian direkodkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes demam denggi merekodkan penurunan dengan sebanyak 2,299 kes pada Minggu Epidemiologi ke-39 (ME39) iaitu tempoh 24 September hingga 3 September berbanding 2,310 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, ia melibatkan penurunan sebanyak 11 kes atau 0.5 peratus.

Beliau berkata, dalam tempoh tersebut, sebanyak tiga kematian dilaporkan akibat komplikasi demam denggi.

“Kumulatif kes demam denggi yang dicatatkan setakat ini ialah 89,474 kes berbanding 43,544 kes bagi tempoh sama pada 2022 iaitu peningkatan sebanyak 45,930 kes atau 105.5 peratus.

Advertisements

“Sejumlah 65 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 26 kematian bagi tempoh yang sama pada 2022,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, 60 lokaliti hotspot dilaporkan pada ME39 berbanding 61 pada minggu sebelumnya, dengan 46 lokaliti tersebut adalah di Selangor, sembilan lokaliti di Kuala Lumpur dan masing-masing dua di Putrajaya dan Pulau Pinang, manakala di Perak, Kelantan dan Sarawak masing-masing mencatatkan satu lokaliti.

Bagi survelan chikungunya, Datuk Dr Muhammad Radzi berkata, sebanyak enam kes direkodkan pada ME39 menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini, sebanyak 175 kes.

Bagi survelan zika pula, sebanyak 2,535 sampel darah dan 241 sampel urin telah disaring dan hasilnya semua negatif. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan