24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PN dahului jumlah kerusi, diikuti PH, BN jauh ketinggalan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SECARA keseluruhan sebanyak 112 kerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) telah diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pemenangnya setakat jam 12.23 tengah malam tadi.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi itu, Perikatan Nasional (PN) mendahului dengan 35 kerusi diikuti Pakatan Harapan (PH) dengan 33 kerusi.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula menduduki tangga ketiga carta dengan memperolehi 20 kerusi.

Advertisements

Barisan Nasional (BN) ketinggalan dengan hanya memenangi 16 kerusi setakat ini, diikuti GRS (4) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) dengan 2 kerusi selain Parti Bangsa Malaysia (PBM) dengan satu kerusi.

Keseluruhan kerusi parlimen ditandingi dalam PRU15 ini adalah sebanyak 220 kerusi daripada 222 kerusi dimana pengundian di dua kerusi ditangguhkan ke tarikh lain susulan kematian calon yang bertanding di Parlimen Padang Serai, manakala cuaca buruk di Parlimen Baram 

Hari ini, seramai 20,853,681 pengundi menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih di 8,958 Pusat Mengundi bagi menentukan parti yang akan membentuk kerajaan baharu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan