24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Sehingga 12 tengah malam belum ada keputusan rasmi

Sehingga 12 tengah malam ini, PN mendahului lain-lain parti manakala BN ketinggalan di belakang

Mesti Baca

SENGIT! Itulah gambaran yang dapat diberikan berhubung keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang berlangsung hari ini.

Sehingga pukul 12 tengah malam ini, belum ada mana-mana parti yang diumumkan sebagai pemenang kerana masing-masing gagal mendapatkan jumlah kerusi yang mencukupi untuk memperoleh majoriti mudah.

Bagaimanapun, Perikatan Nasional (PN) sedang mendahului lain-lain parti dalam carta pungutan kerusi diikuti oleh Pakatan Harapan (PH) manakala Barisan Nasional (BN) masih ketinggalan di belakang.

Mengikut keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga 12 tengah malam ini PN/Pas memperoleh 33 kerusi diikuti oleh PH/DAP ( 32 kerusi) manakala BN hanya memenangi 14 kerusi setakat ini.

Di Sarawak, Gabungan Parti Sarawak selesa mendahului lain-lain parti untuk menguasai negeri itu dengan 20 kerusi sehingga kini, sekali gus menyaksikan parti tersebut menjadi rebutan dalam kalangan PH, PN dan BN untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah diumumkan secara rasmi mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh dengan majoriti 10,007 undi mengatasi Iskandar Shah (PH) dan Datuk Seri Razali Ibrahim (BN).

Bekas Perdana Menteri itu memperoleh 24,986 undi manakala Iskandar Shah (14,979 undi) manakala Razali yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO hanya mendapat 14,426 undi).

Di Johor hanya tinggal Parlimen Kulai yang belum mendapat keputusan sehingga kini manakala lain-lain menyaksikan PH memenangi 13 kerusi, BN (9), PN (2) dan MUDA satu kerusi.

Tiga calon kerabat diraja bergelar Tengku yang tewas dalam PRU15.

Di Kelantan, PN/Pas hampir pasti menyapu bersih 14 kerusi yang dipertanding apabila telah menguasai 12 daripadanya.

Dua lagi kerusi masih menunggu keputusan.

Tengku Razaleigh Hamzah yang telah mempertahankan kerusi Gua Musang sejak 1974, tumbang di tangan Mohd Azizi Abu Naim dengan majoriti tipis 163 undi.

Azizi memperoleh 21,826 undi manakala Tengku Razaleigh mendapat 21,663 undi dalam pertembungan empat penjuru itu.

PN/Pas juga menguasai Terengganu apabila memenangi enam daripada lapan kerusi yang dipertandingkan.

Advertisements

Dua lagi kerusi iaitu Setiu dan Dungun masih dalam proses pengiraan undi.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said tewas kepada penyandang kerusi Parlimen Kemaman, Che Alias Abdul Hamid dengan majoriti 27,179 undi.

Sementara itu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam sidang media di Kuala Lumpur mengumumkan partinya telah “menang selesa” dalam PRU-15.

“Alhamdulillah, kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT yang telah menganugerahkan kemenangan selesa kepada Pas dan PN pada PRU15 ini berdasarkan keputusan tak rasmi,” katanya.

Abdul Hadi berkata, kemenangan itu adalah hasil kerjasama semua anggota Pas dan PN yang bekerja keras sejak awal.

“Saya mewakili seluruh kepimpinan parti merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat malaysia yang telah memberi kepercayaan kepada PAS dan PN untuk tadbir negara sekali lagi,” jelas beliau.

Beliau yang mempertahankan kerusi Parlimen Marang itu juga berkata, pihaknya akan mula berbincang untuk membentuk Kabinet.

Dalam pada itu suasana di Menara Dato’ Onn suram dan hanya sebahagian kecil para penyokong yang mundar-mandir di perkarangan ibu pejabat UMNO itu.

Kumpulan media yang berkampung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) sejak seawal 5 petang, kelihatan hampa apabila tiada seorang pun pemimpin UMNO yang muncul atau memberi sebarang kenyataan.

Malah beberapa sumber parti memaklumkan, para pemimpin UMNO juga “tidak kelihatan” di bangunan ibu pejabat parti itu.

Sementara itu, kami masih menunggu keputusan rasmi membabitkan para pemimpin parti yang lain iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Tambun) yang dikatakan sedang bersaing sengit.

Berikut senarai beberapa calon yang menang dan kalah dalam PRU-15 setakat ini:

MENANG

  1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh)
  2. Tan Sri Abdul Hadi Awang (Marang)
  3. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Kota Tinggi)
  4. Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang)
  5. Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah)
  6. Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (Putrajaya)
  7. Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Titiwangsa)
  8. Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong)
  9. Datuk Adly Zahari (Alor Gajah)

KALAH:

  1. Tun Dr Mahathir Mohamad (Langkawi)
  2. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang)
  3. Datuk Seri Ahmad Said (Kemaman)
  4. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya)
  5. Khalid Abdul Samad (Titiwangsa)
  6. Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (Kuala Selangor)

-Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan