28.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

Ahli Parlimen Gua Musang pula nyata sokongan kepada PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Gua Musang, Datuk Mohd Azizi Abu Naim hari ini secara rasmi mengisytiharkan sokongannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Azizi yang juga Ketua Bahagian Bersatu Gua Musang berkata, sokongan itu bermula hari ini serentak dengan kenyataan media yang dikeluarkannya.

Berikut kenyataan penuh beliau:

Setelah meneliti dan mendengar Pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan dengan matlamat utama untuk memangkinkan pemulihan ekonomi di samping meringankan beban kewangan untuk rakyat Malaysia, saya selaku ahli Parlimen Gua Musang dengan ini mengisytiharkan untuk memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri bermula pada tarikh kenyataan media ini dikeluarkan.

Keputusan saya ini adalah bertujuan untuk memastikan kebajikan penduduk di Parlimen saya terbela dan akan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur sebagaimana yang saya mohon untuk di laksanakan di Parlimen saya dalam tempoh penggal perkhidmatan saya.

Advertisements

Saya juga ingin menyatakan sokongan kepada inisiatif-inisiatif kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat negara ini sehingga Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.

Sejujurnya, saya tidak berniat untuk keluar atau mengkhianati Parti Bersatu, tetapi demi memastikan Parlimen saya Gua Musang seiring dengan pemerintahan persekutuan, adalah wajar untuk saya bersama di dalam saf kepimpinan Putrajaya yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Buat masyarakat Gua Musang yang sangat saya kasihi, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah S.W.T sentiasa memberkati bumi bertuah Gua Musang dan kita semua mendapat limpahan pembangunan sebagaimana kita harapkan.

Sebelum ini, dua Ahli Parlimen pembangkang juga dari Bersatu menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri.

Mereka ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid serta Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan tindakan industri penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan