25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

Sukan Asia: Zii Jia tewas di suku akhir

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

HASRAT pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia melangkah ke separuh akhir tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain India, H.S. Prannoy, dalam rubber set 16-21, 23-21, 22-20, sebentar tadi.

Selepas mengejutkan juara dunia, Vitidsarn Kunlavut di pusingan 16, Zii Jia turun di Gimnasium Binjiang dengan misi mengutip pingat pada Sukan Asia Hangzou 2022.

Namun, segalanya tampak kurang menjadi di set pertama apabila Prannoy mempamerkan aksi bertenaga selepas menang 21-16.

Set kedua memperlihatkan aksi yang penuh mendebarkan apabila Zii Jia bangkit menang 23-21 ke atas pemain kelahiran Delhi terserbut.

Di set ketiga pula menyaksikan kedua-dua pemain saling mengejar mata dengan Prannoy terlebih dahulu memperoleh 11 mata pertama.

Advertisements

Namun, selepas rehat Zii Jia bangkit mengejar kedudukan sebelum mendahului 17-16.

Prannoy pada masa sama meminta pegawai perlawanan untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami kecederaan di bahagian belakang badannya.

Pada satu ketika kejayaan seakan hampir menjadi milik Zii Jia apabila berada di mata akhir, 20-18 namun mensia-siakan kelebihan tersebut apabila membenarkan Prannoy mengejar sebelum menang 22-20.

Seorang lagi pemain Malaysia, Ng Tze Yong akan turun dalam satu lagi aksi suku akhir menentang pemain Jepun, Kodai Naraoka, petang ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Mitsubishi Electric: Paulo Josue selamatkan ‘maruah’

PEMAIN naturalisasi, Paulo Josue menjadi penyelamat maruah skuad Harimau Malaya apabila dua jaringannya di separuh masa kedua berjaya membawa...

Lagi Artikel Berkaitan