29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Rayuan haji dibuka bermula esok – Tabung Haji

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai boleh mengemukakan permohonan rayuan untuk mengerjakan ibadat haji bermula esok.

Lembaga Tabung Haji dalam satu hantaran di Facebook menyatakan permohonan boleh dikemukan menerusi aplikasi yang disediakan tanpa perlu hadir ke Pejabat Tabung Haji Cawangan.

“Tabung Haji akan membuka permohonan rayuan untuk mengerjakan ibadat haji melalui aplikasi THiJARI bagi tahun 1443H/2022 bermula 19 April 2022 sehingga 18 Mei 2022.

“Klik untuk maklumat lanjut: https://bit.ly/3rzdHJW,” katanya hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan masih mengekalkan subsidi haji seperti sebelum ini walaupun terdapat cadangan supaya ia diberi secara bersasar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad, kos itu berkemungkinan tidak membebankan jemaah dan pada masa sama memaklumkan pihaknya ada memohon untuk menambah bilangan kuota haji termasuk menghantar surat rayuan kepada kerajaan Arab Saudi.

Jemaah dari negara luar Arab Saudi akan mendapat sebahagian besar daripada kuota mengerjakan haji bagi musim ibadah tahun ini sebanyak 85 peratus.

Lapor saluran televisyen Al-Arabiya yang memetik sumber Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, jumlah itu mewakili daripada sejuta jemaah yang dibenarkan mengerjakan haji yang terdiri daripada umat Islam dari seluruh dunia, dan selebihnya adalah rakyat Arab Saudi.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan