24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Debat Anwar-Najib tiada kaitan dengan kerajaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) tidak akan menyiarkan secara langsung debat antara Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu Sapura Energy Bhd. (SEB) pada 12 Mei ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, debat berkenaan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan.

Menurut beliau, acara yang akan diadakan di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur pada pukul 9 malam itu lebih kepada soal peribadi melibatkan individu dengan individu.

“Saya fikir ia adalah debat antara dua individu dan tiada kaitan dengan RTM kerana ia tidak melibatkan kerajaan atau pemimpin.

“Setakat ini, debat itu tidak ada kena mengena dengan kerajaan.

Advertisements

“Saya juga tidak didatangi oleh sesiapa meminta untuk disiarkan secara langsung,” katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa di sebuah hotel di Banda Hilir, Melaka malam tadi, lapor Utusan.

Annuar berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada RTM akan menyiarkan debat antara dua tokoh politik berkenaan.

Terdahulu, melalui kenyataan bersama Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dan Penasihat Komunikasi Barisan Nasional (BN), Isham Jalil, program itu dapat disaksikan secara langsung melalui media-media yang akan diumum kemudian, atau secara fizikal atas jemputan kedua-dua pemimpin berkenaan.

Kata kenyataan itu lagi, format debat tersebut merangkumi tiga bahagian iaitu permasalahan dihadapi SEB serta sama ada ia perlu diselamatkan ataupun tidak.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan