36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kolej Tingkatan Enam pertama di Kelantan bakal dibina

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) bakal membina Kolej Tingkatan Enam yang pertama di Kelantan.

Perkara gembira itu dimaklumkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menerusi kenyataan dalam Facebook hari ini.

Beliau berkata, kolej berkenaan bakal dibina di Bukit Cina yang bersempadan di antara Ketereh dan Machang.

Katanya, kolej berkenaan akan dilengkapi dengan 20 bilik darjah serta kemudahan lain sekali gus memberi peluang kepada anak-anak Kelantan untuk mengikuti pendidikan peringkat lepasan menengah di premis kolej yang lengkap.

“Ketika ini terdapat 23 Kolej Tingkatan Enam yang sedang beroperasi di seluruh negara dan kini Kelantan juga bakal mempunyai Kolej Tingkatan Enam pertama dengan premis dan pentadbiran sendiri,” katanya.

Beliau berkata, kolej berkenaan akan dibina di lokasi strategik berhampiran jalan utama yang menghubungkan Kota Bharu dan Gua Musang.

“Pastinya pembinaan kolej ini dapat terus memacu kecemerlangan pendidikan negara melalui penyediaan infrastruktur pendidikan yang lebih baik demi anak-anak generasi pewaris negara, khususnya di Kelantan,” katanya.

Radzi yang terlebih dahulu meninjau di lokasi tapak pembinaan itu turut berterima kasih kepada pegawai Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang memberikan taklimat.-Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan