Wednesday, July 22, 2026

Kes baharu COVID-19 turun ketara, hanya 6,623 kes semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH jangkitan baharu COVID-19 yang dilaporkan semalam menunjukkan penurunan ketara iaitu sebanyak 6,623 kes berbanding Sabtu, 9,705 kes.

Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan itu, 6,610 adalah kes tempatan, manakala 13 lagi adalah kes import.

Berdasarkan portal CovidNow, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut melaporkan sebanyak 12 kes kematian baharu akibat COVID-19, termasuk 8 daripadanya membabitkan kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,421 orang daripada lebih empat juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Perlis antara negeri tertinggi yang mencatatkan purata kematian setakat ini iaitu 16 kematian, diikuti Perak (13) dan Melaka (11).

Selain itu, sejumlah 103,900 kes aktif COVID-19 direkodkan di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 101,294 atau 97.5 peratus individu kuarantin di rumah, manakala 356 atau 0.3 peratus ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan 2,124 dimasukkan ke hospital.

Data itu juga menunjukkan sejumlah 126 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 76 memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 50 kes lagi memerlukan mesin ventilator.-Edisi 9


Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan