30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 24, 2025

Lebih 20,000 kes baharu Covid-19, 28 kematian – Dr Dzulkefly

Mesti Baca

MALAYSIA merekodkan sebanyak 20,969 kes baharu Covid-19 bagi tempoh Minggu Endemik (ME) 50/2023 bermula 10 hingga 16 Disember lalu dengan 28 kematian dicatatkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 62.2 peratus berbanding ME 49/2023 sebelum ini.

Bagaimanapun beliau berkata, daripada jumlah itu sebanyak 97 peratus adalah bagi kategori 1 dan 2 dengan 151 orang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 96 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Kes kematian sebanyak 28 kes dengan kadar kematian 0.1 peratus. Kematian tertinggi adalah dalam kalangan kes yang berumur 60 tahun ke atas (85 peratus) dan yang mempunyai komorbiditi (93 peratus),” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, walaupun terdapat peningkatan mendadak kes Covid-19 namun keadaan masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.

Bagaimana, Dr Dzulkefly berkata, pihaknya akan mengambil langkah bagi mengelak perlunya diadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti mana ketika wabak tersebut melanda pada tahun 2020 hingga 2022 yang lalu.

Advertisements

Beliau berkata, bagi menghadapi lonjakan kes Covid-19 ketika ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkukuhkan Pelan Pengurusan melalui lima strategi utama, iaitu:

• Strategi 1: Pengesanan awal kes COVID-19 dan varianSARS-CoV-2;

• Strategi 2: Pemerkasaan komuniti melalui amalan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, dan Seek);

• Strategi 3: Pemantauan fasiliti kesihatan, pengurusan dan kawalan kes COVID-19 terutamanya untuk melindungi golongan berisiko tinggi;

• Strategi 4: Pemerkasaan komuniti melalui komunikasi risiko yang berkesan; dan

• Strategi 5: Pendigitalan sistem kesihatan dalam pengurusan pandemik melalui aplikasi MySejahtera. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Diskaun 50 peratus bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina

KERAJAAN hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus daripada kadar  biasa sempena perayaan Tahun Baru Cina 2025,...

Lagi Artikel Berkaitan