32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Dunia hiburan hilang sebutir lagi bintang legenda

Mesti Baca

DUNIA hiburan tanah air kehilangan sebutir lagi bintang legenda apabila Raja Gelek, Datuk M. Daud Kilau meninggal dunia di Hospital Teluk Intan, Perak kira-kira pukul 4.40 petang ini.

Khabar duka itu dikongsi cucu Allahyarham yang dikenali sebagai Hasnorikram menerusi Instagram storynya, yang jelas sangat terkesan dengan pemergian penyanyi legenda tersebut.

“Atuk saya Mohd Daud bin Kilau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sebentar saja tadi. Al-Fatihah,” katanya.

Pemilik nama sebenar Muhammad Daud Kilau itu sebelum ini berdepan masalah penyakit jantung, paru-paru berair dan kebas anggota kaki dan tangan.

Penyanyi berusia 85 tahun itu pada Mei lalu juga pernah dimasukkan ke Hospital Teluk Intan gara-gara masalah sesak nafas.

Muhammad Daud mula menceburkan diri dalam bidang seni selepas menjuarai Bintang Radio Singapura pada 1968.

Bertitik tolak kemenangan itu, penyanyi yang popular dengan lagu Cek Mek Molek itu berpeluang menjadi artis rakaman, menghasilkan pelbagai album berkonsepkan langgam, asli dan dangdut.

Advertisements

Beliau pada 1985 pernah menjuarai kategori asli dalam Pesta Dendang Rakyat.

Jasa dan sumbangannya kepada dunia seni tempatan terbalas apabila beliau dikurniakan darjah DatukPaduka Mahkota Perak pada 1991.

Allahyarham M Daud kemudian ditawarkan menjadi artis rakaman hingga menghasilkan banyak EP dan LP yang memuatkan lagu bergenre langgam, asli dan dangdut.

Pada 1985, Allahyarham M Daud menjuarai pertandingan Pesta Dendang Rakyat kategori nyanyian asli.

Difahamkan jenazah akan dimandikan di Hospital Teluk Intan dan seterusnya akan dibawa pulang ke rumah beliau di Kampung Sungai Balai Baroh Bagan Datuk malam ini.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Terapung Tuminah Hamidi Bagan Datuk sebelum Zohor esok untuk disembahyangkan dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Baroh Bagan Datuk selepas solat Zohor.

Semalam, penyanyi popular 1980-an, Ibnor Riza Ibrahim meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras selepas menderita kanser limfoma. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertembungan empat penjuru

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Khairul Azhari Saut...

Lagi Artikel Berkaitan