34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

RM35.8 juta diperuntuk kepada JKM hadapi Monsun Timur Laut

Mesti Baca

KERAJAAN memperuntukkan sebanyak RM35.8 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menghadapi Monsun Timur Laut yang kini mula melanda negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak RM13.7 adalah peruntukan Persekutuan.

Manakala RM22.1 juta lagi, kata beliau, adalah berdasarkan peruntukan negeri-negeri bagi menghadapi bencana pada tahun ini.

“JKM juga telah diperuntukan sebanyak RM3 juta untuk pembelian makanan teknologi retort untuk kegunaan makanan mangsa dalam tempoh 24 jam pertama pembukaan PPS (Pusat Pemindahan Sementara (PPS),” katanya hari ini.

Sebelum itu, Nancy meninjau kesiapsiagaan Kementerian tersebut menghadapi Monsun Timur Laut 2023/2024 di Depoh Simpanab Keperluan Bencana (DKSB) di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Advertisements

Turut serta Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Noraini Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian, Dr. Maziah Che Yusoff dan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Norazman Othman.

Sehingga kini, JKM mempunyai lapan buah Depoh, 137 stor negeri/daerah, 60 mini depoh kontena dan 580 pangkalan hadapan yang menempatkan keperluan asas mangsa bencana.

Nancy berkata, JKM telah mengenal pasti dan menyediakan sebanyak 8,481 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh Malaysia yang mampu menampung sebanyak 2.15 juta penduduk pada satu-satu masa.

“Sebanyak 5,063 PPS tersebut merupakan premis sekolah manakala baki adalah terdiri daripada balai raya, masjid dan sebagainya.

“Bagi pengoperasian di PPS, sebanyak 47,635 collpasible tent telah disediakan untuk memberikan keselesaan kepada mangsa bencana,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan