Sunday, July 19, 2026

Jangan tertipu! Tiada Kad Warga Emas dikeluarkan JKM

Penularan maklumat tidak sahih ini boleh mengelirukan orang ramai terutama warga emas dan ahli keluarga mereka.

Mesti Baca

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan wujudnya kad khas untuk warga emas di negara ini sepertimana tular dalam media sosial.

Menurut JKM, tiada sebarang pengeluaran “Kad Warga Emas Rasmi Malaysia” oleh jabatan itu dan penularan maklumat tidak sahih ini boleh mengelirukan orang ramai terutama warga emas dan ahli keluarga mereka.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat yang tepat, sahih dan terkini hanya melalui saluran rasmi JKM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini tular menerusi platform WhatsApp tentang promosi “permohonan” Kad Warga Emas Rasmi Malaysia yang didakwa dikeluarkan oleh JKM.

Maklumat itu turut menyertakan pautan ke laman web JKM untuk memohon lengkap kepada kelebihan memiliki kad tersebut.

JKM berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan sebarang pertanyaan atau rujukan berkaitan perkhidmatan dan permohonan bantuan melalui Talian Kasih 15999, WhatsApp 019-261 5999 yang beroperasi 24 jam.

Orang ramai juga boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran.

“Kerjasama orang ramai untuk tidak menyebarkan maklumat tidak sahih amat dihargai bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan masyarakat terus terpelihara,” katanya. — Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan