30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Anwar sedih kehilangan seorang peguam, sahabat akrab

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kesedihan atas pemergian bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Sulaiman Abdullah ke rahmatullah semalam.

Anwar berkata, Allahyarham bukan sahaja seorang peguam tetapi juga sahabat yang akrab ketika beliau dan keluarga melalui tahun-tahun yang gelap dan getir.

“Fikrah dan nurani beliau yang teguh kepada prinsip-prinsip keadilan dan hak asasi manusia tidak dapat disangkal sesiapa,.

“Saya amat terkesan saat menerima berita ini tatkala masih di Tokyo untuk lawatan kerja. Mendoakan keluarganya diberi kecekalan yang ampuh selain diampun segala dosanya dan ruh almarhum diberi tempat yang istimewa di sisi Allah SWT,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Sulaiman yang juga peguam terkenal kerana mengendalikan kes-kes berprofil tinggi meninggal dunia pada usia 77 tahun petang semalam.

Portal berita Malaysiakini melaporkan, pemergian Allahyarham disahkan oleh anak lelakinya pelakon dan penulis drama Huzir Sulaiman.

Advertisements

Menurut Huzir, walaupun Allahyarham bapanya menghadapi pelbagai cabaran kesihatan, fikirannya yang tajam dan cerdas tetap tidak terjejas.

Kata Huzir, bapanya juga masih mewakili anak guamnya dan berkhidmat dalam pelbagai jawatankuasa serta panel penasihat.

Selain mengendalikan kes liwat Anwar, Allahyarham juga terlibat dalam kes rasuah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak serta krisis Perlembagaan Perak susulan penyingkiran Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai setiausaha Badan Peguam Malaysia (1993-1995) dan Presiden Majlis Peguam (2000-2001).

Allahyarham Sulaiman kehilangan isterinya, Mehrun Siraj yang meninggal dunia pada 29 Jun 2021.

Difahamkan, jenazah Allahyarham Sulaiman akan disolatkan di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Jalan Templer, Petaling Jaya sebelum dikebumikan selepas solat Zohor. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan