Sunday, July 19, 2026

Seragam sekolah kekal, penyelarasan masih diteliti – KPM

Cadangan penyelarasan pakaian seragam sekolah bertujuan mewujudkan kebersamaan dan semangat perpaduan dalam kalangan murid. 

Mesti Baca

CADANGAN penyeragaman pakaian sekolah masih dalam penelitian dan hanya dilaksanakan pada sesi persekolahan tahun depan.

Justeru, Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, tiada perubahan pada seragam sekolah murid untuk sesi persekolahan tahun ini. 

Beliau memberi jaminan bahawa sebarang keputusan mengenainya akan dimaklumkan lebih awal kepada ibu bapa dan semua pihak berkepentingan.

“Keputusan akhir (penyeragaman pakaian sekolah) hanya akan dibuat selepas penelitian rapi semua aspek berkaitan untuk pelaksanaan pada Sesi Persekolahan Tahun 2027,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam menjelaskan, cadangan penyelarasan pakaian seragam sekolah bertujuan mewujudkan kebersamaan dan semangat perpaduan dalam kalangan murid. 

“Ia dapat menangani isu beban kewangan persediaan persekolahan yang dihadapi ibu bapa,” katanya. — Edisi 9

Terkini

Exco Johor: Enam kekal portfolio, empat lantikan baharu

SERAMAI 10 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026-2031 hari ini mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari...

Lagi Artikel Berkaitan