24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PGA patahkan rangkaian sindiket seludup diesel bersubsidi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BATALION 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan rangkaian sindiket penyeludupan diesel bersubsidi di sekitar daerah Johor Bahru dan Klang, Selangor susulan tangkapan tiga suspek lelaki semalam.

Pegawai Pemerintah Superintendan Dimin Awang berkata sindiket, didalangi warga tempatan termasuk seorang warganegara Indonesia berusia antara 36 hingga 40 tahun dipercayai sudah beroperasi sejak dua minggu lalu.

Menurutnya, PGA turut merampas sejumlah alatan, kenderaan pengangkutan dan diesel dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah lebih RM1.4 juta.

“Semua suspek ditahan di sebuah premis di Taman Kota Puteri, Masai, jam12 tengah hari.

“Susulan tangkapan itu, kami merampas 51 tong lutsinar berkapasiti 1,000 liter setiap satu, empat mesin pam elektrik, 43,000 liter diesel bersubsidi, dua set hos getah lutsinar, sebuah treler tangki Volvo FM berkapasiti 40,000 liter, treler tangki berkapasiti 35,000 liter, treler tangki Hino 500 berkapasiti 25,000 liter dan sebuah lori tiga tan Hino Dutro.

“Hasil pemeriksaan ke atas dua mesin aliran meter mendapati jumlah diesel yang sudah dipam ke dalam tangki melebihi satu juta liter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan awal mendapati suspek menjual diesel dengan harga RM3.85 per liter kepada pengguna kapal di sekitar Klang, Selangor.

Advertisements

Bagi mendapatkan bekalan diesel, suspek dipercayai terlebih dahulu berpakat dengan tali barut di stesen minyak terpilih di sekitar Johor Bahru, untuk membeli diesel bersubsidi secara pukal sebelum menyeludupnya.

Modus operandi sindiket ini adalah membeli secara pukal atau mengikut had yang ada di stesen minyak dengan menggunakan lori tangki kecil.

Kemudian diesel dikumpulkan sebelum diproses untuk penghantaran ke Klang, Selangor menggunakan lori tangki besar.

“Biasanya mereka berpakat dengan stesen minyak terpilih dan kes masih dalam siasatan termasuk mengenal pasti saki baki dalang sindiket ini.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM 1,427,350.00. Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan