33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Laksana polisi beras tempatan untuk warganegara sahaja

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan dicadangkan supaya melaksanakan satu polisi pembelian beras tempatan yang hanya diberikan kepada warganegara Malaysia sahaja.

Cadangan itu diutarakan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Beliau berkata, polisi itu perlu dilaksanakan berikutan krisis bekalan beras tempatan yang berlaku kebelakangan ini termasuklah di negeri Melaka sehinggakan dipercayai wujud kumpulan kartel memanipulasikan harga dan stok bekalan.

“(Polisi ini) iaitu menetapkan pembelian beras tempatan ini hanya boleh dibeli oleh warganegara Malaysia sahaja.

Advertisements

“Jika kementerian tidak boleh membenarkan untuk seluruh Malaysia, sekurangnya boleh dibenarkan dilaksanakan di dalam negeri Melaka sahaja,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Dr Akmal meninjau stok bekalan beras ketika melakukan pemantauan di sebuah pasaraya di Melaka baru-baru ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia berkata, beras tempatan diberikan subsidi oleh kerajaan maka ketika bekalannya berkuranganya selayaknya warganegara diberikan keutamaan berbanding warga asing.

“Mohon permohonan ini dapat dipertimbangkan oleh Menteri, Datuk Seri Mohamad Sabu,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan