BEKAS Perdana Menteri yang sedang dipenjarakan, Datuk Seri Najib Razak hanya bertanyakan tentang isu-isu negara, ekonomi dan keselesaan rakyat dan kurang menyentuh tentang dirinya.
Perkara itu diceritakan oleh pempengaruh politik, Apek Cina ketika beliau mendakwa bertemu dan berbual dengan Najib di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata, ketika bertemu Najib yang juga dikenali sebangai “Bossku” kelihatan sihat namun cuma kadang-kala sakit di bahagian kaki.
Katanya, dalam pertemuan singkat ketika mahkamah berhenti rehat, Najib menyatakan kesedihannya atas pemergian Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi semalam.
“Bossku menyatakan bahawa Kerajaan Madani telah melakukan yang baik, tentang meneruskan polisi-polisi beliau yang dulunya dikritik pihak lawan,” katanya menerusi Facebook Ulasan Apek Cina hari ini.

Pemilik nama sebenarnya Zee How Tai itu berkata, Najib menyenaraikan projek yang diusahakan beliau sebelum ini yang telah dikritik hebat tetapi diteruskan oleh kerajaan hari ini.
Antaranya ialah penerusan projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL), kerjasama Proton-Geely, hubungan diplomatik yang baik dengan China serta penerusan konsep Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Bagaimanapun katanya, Najuib berharap sekiranya kerajaan dapat melaksanakan semula GST memandangkan keadaan sekaranga sepeti peluasan skop dan kenaikain cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan e-invoice merumitkan.
Apek Cina berkata, Najib juga gembira kerana kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan Lynas untuk memproses nadir bumi, penerusan pelaburan China, projek mega seperti TRX dan BR1M dengan menukar nama kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
“Walaupun beliau dikritik sebelum ini atas dasar-dasar ini sebelum ini, beliau lega, hampir kesemuanya diteruskan oleh kerajaan Madani,” katanya.
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk P Kamalanathan.
Semalam, Najib mendapat kebenaran daripada Jabatan Penjara untuk menghadiri pengkebumian Abdullah di Masjid Negara. – Edisi 9

