27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 8, 2024

Menu makan malam kapal Titanic dilelong lebih RM484,000

Mesti Baca

BUKU menu makan malam kelas pertama dalam pelayaran sulung kapal Titanic dijual pada harga AS$103,000 (RM484,924) dalam sebuah acara lelongan di United Kingdom, Sabtu lalu.

Menu yang menawarkan hidangan tiram, daging lembu dan itik mallard pada 11 April 1912 itu sudah lusuh dengan huruf emas aslinya tidak lagi kelihatan.

Pelelong Pusat Lelong UK, Andrew Aldridge berkata, keadaan buku menu itu menunjukkan tanda ia terendam dalam air ketika kapal itu karam.

“Sebahagiannya dipadankan dengan bahagian belakang yang ditemui.

“Ini menunjukkan menu berendam dalam perairan Atlantik Utara yang berais pada pagi 15 April tahun sama,” katanya.

Advertisements

Ia dipercayai satu-satunya salinan menu makan malam kelas pertama 11 April yang masih ‘hidup’ dan ditemui dalam album foto milik mendiang ahli sejarah amatur Kanada, Len Stephenson.

Menu itu dijual di pusat lelong Henry Aldridge & Son di Wiltshire, barat daya UK, Sabtu lalu.

Barangan lain dalam jualan itu termasuk jam tangan poket buatan Switzerland yang ditemui daripada penumpang Sinai Kantor serta selimut dek bercorak tartan yang mungkin digunakan semasa operasi menyelamat.

Lebih 1,500 penumpang dan anak kapal maut apabila Titanic karam selepas melanggar gunung ais pada petang 14 April 1912. -Agensi

Advertisements

Terkini

KLDX, AsiaNext perluas pasaran aset digital di rantau ini

BURSA sekuriti digital, KLDX menjalinkan kerjasama dengan bursa sekuriti aset digital, AsiaNext bagi memperluaskan pasaran aset digital di rantau...

Lagi Artikel Berkaitan