27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Kerajaan sasar 70 peratus pembiayaan swasta dalam R&D

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN mensasarkan sumbangan pembiayaan sektor swasta meningkat kepada 70 peratus dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) menjelang 2030.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, ini supaya projek R&D di Malaysia lebih berdaya saing dan berimpak tinggi tanpa bergantung kepada sumber peruntukan Kerajaan semata-mata.

Katanya, ketika ini sebahagian besar pembiayaan projek penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I) masih bergantung kepada peruntukan kerajaan.

“Cabaran utama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) adalah untuk memenuhi sasaran Ekonomi Madani bagi mencapai peratusan perbelanjaan Perbelanjaan Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk R&D sebanyak 3.5 peratus menjelang 2030.

Advertisements

“Ini kerana pada masa ini ia menurun kepada 0.95 peratus berbanding 1.04 peratus pada 2018.” katanya ketika berucap menyempurnakan Konvensyen Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I) 2023 di Putrajaya hari ini.

Konvensyen itu dilaksanakan dalam format forum, dialog dan sesi perkongsian yang melibatkan pemegang taruh, panel pakar dan penerima dana.

Dalam majlis yang sama, Lih Kang turut melancarkan Sistem Dana Bersepadu (SDB) yang merupakan platform digital bagi pengurusan dana R&D MOSTI yang dibangunkan bersama Bahagian Dana dan Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.

Beliau juga menyampaikan Sijil MySTI kepada 20 produk yang telah berjaya menerima penandaan logo MySTI dalam kohort pertama sempena Konvensyen R&D&C&I. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan