Tuesday, June 16, 2026

Pelajar UM hasilkan serum mewah daripada cangkerang kerang

Lebih hebat lagi, inovasi itu berjaya menggondol Pingat Emas di 2nd Multidisciplinary Regional Conference in Science and Technology (MRCST 2025) baru-baru ini.

Mesti Baca

SIAPA sangka sisa cangkerang kerang yang biasa dibuang ke tong sampah, kini jadi rahsia kulit awet muda?

Itulah yang dibuktikan oleh sekumpulan penyelidik muda dari Universiti Malaya (UM) yang berjaya menghasilkan serum anti-penuaan mesra alam dikenali sebagai Claméa.

Lebih hebat lagi, inovasi itu berjaya menggondol Pingat Emas di 2nd Multidisciplinary Regional Conference in Science and Technology (MRCST 2025) baru-baru ini.

Serum hasil sisa laut tu bukan calang-calang. Ia diformulakan menggunakan hydroxyapatite (HAp) iaitu mineral semula jadi daripada cangkerang kerang yang terbukti bantu hasilkan kolagen, hilangkan garis halus dan pulihkan kulit secara semula jadi.

Projek yang diterajui pelajar tahun akhir program Kimia, Farisha Nur Jannah Muhamad, bersama Aneesa Zuraimy dan pelajar pascasiswazah Chong Jing Xuan itu dibangunkan dengan bimbingan pensyarah UM dan PASUM, Dr. Azman Ma’amor, Dr. Syazreen Nadia Sulaiman, dan Dr. Muhamad Afiq Aziz.

Menurut pasukan itu, cangkerang yang biasanya berakhir di tapak pelupusan kini dikitar semula menjadi partikel bersaiz nano (150–300 nm) dan dirumuskan sebagai serum dengan pH 5.5 iaitu sesuai untuk semua jenis kulit.

“Ujian in vitro dah dibuat, hasilnya positif. Serum ni bukan saja selamat, malah bantu rawat kulit dan kekalkan keseimbangan semula jadi,” kata Dr. Azman.

Dari makmal ke pasaran dunia

Lebih membanggakan, produk ni dah dapat lampu hijau daripada Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) untuk kosmetik berasaskan HAp iaitu satu langkah penting untuk tembus pasaran antarabangsa.

“Kita bukan saja hasilkan produk premium, tapi juga bantu selesaikan masalah pencemaran sisa laut,” kata Dr. Syazreen Nadia.

Dengan tema “Sains dan Teknologi sebagai Kuasa Inovatif ke Arah Masa Depan”, MRCST 2025 jadi medan penting untuk pelajar dari seluruh rantau tonjolkan idea luar biasa dan Claméa antara bintang paling bersinar.

Daripada cangkerang buangan, kini jadi harapan baharu untuk dunia kecantikan. Siapa sangka laut kita simpan rahsia kulit cantik? — Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan