33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Harga petrol, diesel kekal sehingga 22 November

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

HARGA runcit bagi produk petrol RON95, RON97 dan diesel dikekalkan bagi tempoh seminggu lagi bermula esok sehingga 22 November ini.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan berkata, ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism

Oleh itu, katanya, harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada paras RM2.05 dan RM3.37 seliter, manakala harga diesel ditetapkan pada RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

Advertisements

“Ini dilakukan sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua jenis minyak tersebut telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan adalah mengikut harga pasaran.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MB Perlis ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan dakwan salah guna...

Lagi Artikel Berkaitan