32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Tiga nelayan warga Indonesia ditahan Maritim Malaysia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau telah menahan sebuah bot nelayan tempatan jenis pukat gombang bersama tiga orang warga Indonesia kerana didapati melanggar syarat sah lesen, tengahari semalam.

Pasukan bot peronda Maritim Malaysia telah menahan bot dan nelayan terbabit pada kedudukan 3.9 batu nautika Barat Daya Kuala Gula, Perak.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, sebaik sahaja menerima aduan awam berkenaan aktiviti perikanan yang dilakukan oleh nelayan warga asing di perairan kerian, pasukan bot peronda Maritim Malaysia telah di atur gerak ke lokasi dan berjaya mengesan bot terbabit.

“Hasil pemeriksaan menemukan seramai tiga orang nelayan warga Indonesia termasuk tekong berumur 30 hingga 37 tahun berada di bot terbabit dan dua daripadanya memiliki dokumen pengenalan diri yang sah namun seorang kru gagal berbuat demikian.

“Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati bot terbabit memiliki lesen namun tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Berikutan itu, katanya, kesemua nelayan, bot dan peralatan menangkap ikan ditahan serta dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah dan Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu bot tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya,”katanya.

Beliau berkata, Maritim Malaysia menyeru kepada semua komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan demi kesejahteraan bersama.

Sebarang aduan, salah laku dan insiden kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk tindakan segera. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan