31.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Miliki dua rahim, wanita hamil anak kembar

Mesti Baca

Dilahirkan dengan dua rahim memberi keistimewaan dan keajaiban buat seorang wanita berusia 32 tahun dari Alabama apabila dia kini hamil anak kembar di kedua-duanya.

Kelsey Hatcher berkongsi kisah itu di akaun Instagram (IG) miliknya, ‘doubleuhatchlings’ mengenai dirinya yang mempunyai ‘uterus didelphys’.

Ia adalah keadaan yang jarang berlaku di mana seseorang mempunyai rahim berganda, yang berlaku kepada 0.3 peratus wanita.

Ketika pemeriksaan rutin ultrabunyi (ultrasound) selama lapan minggu pada Mei, juruterapi urut dan ibu kepada tiga anak itu baru mengetahui yang dia bukan sahaja hamil anak kembar tetapi terdapat janin dalam setiap rahimnya.

“Kami agak teruja. Semasa ultrasound pertama itu, kami ketawa besar,” tulisnya menerusi hantaran di IG.

“Kemungkinan besar apa yang berlaku ialah dia berovulasi secara berasingan dan mempunyai satu telur turun setiap tiub fallopio, bermakna turun pada setiap sisi rahim, dan kemudian sperma bergerak ke atas pada setiap rahim yang berasingan dan persenyawaan berlaku secara berasingan,” kata Shweta Patel iaitu pakar perbidanan juga pakar sakit puan yang menjaga Hatcher di Universiti Alabama di Pusat Wanita & Bayi Birmingham kepada portal ABC “Good Morning America.”

Advertisements

Walaupun wanita dengan rahim berganda sering menghadapi komplikasi kehamilan, ketiga-tiga anak Hatcher sebelum ini dilahirkan sihat dan cukup bulan.

Hatcher berharap untuk bersalin dan melahirkan bayi secara normal. Kedua-duanya anak dalam kandungannya dikatakan membesar dengan baik.

Hatcher dan suaminya Caleb Hatcher sedar kaedah bersalin menerusi pembedahan untuk satu, atau kedua-dua anak mungkin diperlukan bergantung kepada keadaan.

“Setiap kali bertemu doktor, mereka akan beritahu ‘kami tidak pernah mengalami situasi seperti ini sebelum ini, ini adalah kes baru untuk kami sama sekali’.

“Tetapi saya rasa saya mempunyai pasukan terbaik untuk ini, situasi dan saya berada di hospital terbaik di Alabama untuk bersiap sedia dengan apa yang berlaku,” katanya. -Agensi

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan