27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

266 sekolah agama swasta belum berdaftar di Johor

Mesti Baca

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini diberitahu Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengesan 266 sekolah agama swasta yang belum berdaftar dan diluluskan penubuhannya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata ia membabitkan 31 buah sekolah tahfiz, 12 buah pondok agama, 10 sekolah rendah Islam dan 213 prasekolah.

“Sebagai makluman tambahan, JAINJ kini giat berusaha untuk memberi pendedahan tentang kewajiban mendaftar kepada institusi pendidikan peringkat prasekolah.

“Bagi sekolah-sekolah tahfiz yang ingin berdaftar dalam negeri Johor, sekolah itu perlu melalui beberapa proses kelulusan mengikut Kaedah-Kaedah Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1981,” katanya ketika menjawab soalan lisan Gan Peck Cheng (PH-Penggaram) pada persidangan DUN Johor hari ini.

Advertisements

Mohd Fared berkata JAINJ juga akan terus memantau dan membantu sekolah tahfiz yang mempunyai kekangan dalam mendapatkan kelulusan pendaftaran daripada pelbagai pihak.

Setakat ini, katanya, terdapat 37 sekolah agama swasta merangkumi kategori sekolah tahfiz, sekolah pondok, sekolah menengah Islam dan sekolah rendah Islam dalam proses untuk mendapatkan pendaftaran penuh dan melengkapkan dokumen pendaftaran mereka.

Terdahulu, Gan bertanyakan bilangan sekolah-sekolah agama swasta yang tidak berdaftar dan proses pemutihan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri. -Bernama

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan