33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

KKB batu loncatan tingkat pembangunan di Sabah, Sarawak – Fadillah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMBARA Kenali Borneo (KKB) yang berakhir semalam wajar dijadikan batu loncatan kepada agenda pembangunan di Sabah dan Sarawak ke arah penambahbaikan yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia termasuk dari segi ekonomi, infrastruktur misalnya jalan raya (pengangkutan darat dan laut), pendidikan dan akses kepada kehidupan lebih baik.

“Bersama-sama kita melaksanakan penilaian dan tindakan untuk memperbaiki mutu kehidupan rakyat di Sabah dan Sarawak, agar kemajuan juga dapat dicapai oleh negeri- negeri Borneo ini.

“Ini termasuk memperkasa ekonomi sehingga setanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

KKB yang bermula di kilometer (KM) 0 di Tawau, Sabah dan berakhir semalam di KM 0 Telok Melano, Sarawak, telah berjalan lancar dan jayanya.

Fadillah yang juga Menteri Penyelaras KKB Yang di-Pertuan Agong berkata, banyak iktibar yang diperolehi daripada kembara tersebut.

Advertisements

Katanya, satu dunia telah menyaksikan betapa Ketua Tertinggi Negara buat pertama kali dalam sejarah mengadakan kembara selama 11 hari dengan memandu sendiri sejauh lebih 2,300 KM bagi menyantuni rakyat di Borneo.

Menurut beliau, ia mendapat sambutan sangat luar biasa dari rakyat Sabah dan Sarawak.

“Kembara ini pastinya akan meninggalkan kesan yang begitu membekas di hati rakyat, melihatkan bagaimana Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong mendekati serta menyantuni rakyat jelata dengan penuh sederhana.

“Tanpa sebarang protokol, berjiwa besar dan berjiwa rakyat, sekali gus turut menyelami kesusahan dan keperluan rakyat terutama di luar bandar.

” Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mengilhamkan Kerajaan Perpaduan sehingga menjadi kenyataan dibawah Perdana Menteri Ke-10.

“Semangat perpaduan yang utuh telah dibuktikan oleh rakyat di kedua-dua negeri ini menerusi sambutan keberangkatan tiba baginda ke semua lokasi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan