25.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Kongsi video dianggap keterlaluan, Fasha dikecam teruk

Mesti Baca

GARA-GARA memuat naik sebuah video aksi keterlaluan bersama suami, Instagram milik pelakon Fasha Sandha teruk diserang netizen.

Rata-rata pengikutnya meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pelakon itu yang memuat naik video kemesraannya dan suami yang juga pelakon, Aidil Aziz sedang berendam dalam jakuzi.

Netizen beranggapan video berkenaan memberi pengaruh negatif kepada orang ramai terutama generasi muda.

“Seramlah kandungan macam ini. Kita orang Malaysia. Macam tak sesuai je,” tulis seorang pengikut.

“Rasanya agak keterlaluan perkongsian puan kali ini. Saya rasa mungkin elok kalau tidak dikongsikan daripada tontonan umum,” kata seorang netizen.

Advertisements

“Selama ini saya baca sahaja orang komen, tapi minta maaf, posting kali ini saya setuju dengan netizen.

“Agak melampaui batas daripada norma seorang perempuan, Melayu, beragama Islam, ibu, isteri. Maaf, niat tidak menghalalkan cara. Semoga maju jaya Fasha dan suami,” kata seorang lagi pengikut.

Perkongsian Fasha itu menerima lebih 600,000 tontonan dan hampir 3,000 komen.

Menerusi perkongsian itu, Fasha memberi bayangan ada sesuatu yang akan berlaku pada 16 September ini.

Bagaimanapun, kandungan yang dimuat naik tidak memperincikan niat yang dilakukan, sebaliknya hanya memberitahu suaminya itu adalah cinta selamanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan