27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Elly Mazlein perli siapa?

Mesti Baca

RAMAI yang tahu pengacara popular Elly Mazlein menarik diri daripada menjadi pengacara program All Stars Gegar Vaganza.

Bermakna malam tadi sudah tiada kelibat Elly yang mesra disapa kak Lina Pom Pom itu.

Namun begitu, muat naik Elly di Insta Story Instagram menarik perhatian apabila dia meluahkan kata-kata seperti memerli seseorang.

“Kadang-kadang kita terpaksa melupakan tanggungjawab kita. Sebab apa? Sebab niat kita ni baik untuk memberi laluan kepada orang is shaking (menggeletar) buat kerja dengan lebih selesa.

“Lagi satu, jangan gaduh pasal rezeki. Allah dah susun baik-baik untuk kita semua. Mengalah tak semestinya kita kalah… kita ambil keputusan melepaskan untuk tenang dan memilih untuk bahagia,” tulisnya.

Advertisements

Menerusi hantaran itu lagi, Elly memberi gambaran seolah-olah ada individu atau pihak yang cuba memburukkan dirinya, meskipun dia bertindak mendiamkan diri.

“Kita dah elok-elok senyap, member pulak menggelitat nak kita cakap benda busuk bangkai ni… Dunia! Dunia! Menghukum orang tak habis? supaya diri nampak terpaling baik. Makin serlah kelucuan ni… haaa.

“Ni baru nama lucu .. taklah lucu stereotype dulu kini dan selamanya. Walaupun sehebat mananya kita, sombong hebat kasi turun sikit dikkkkk. Ingat asal-usul,” tulisnya.

Minggu lalu Elly membuat kejutan apabila mengumumkan mengundur diri daripada mengacara program realiti popular itu atas sebab peribadi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan