26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Dua sahabat lemas ketika menjala, ditemukan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA sahabat yang dilaporkan lemas ketika menjala di sebuah tasik di Tasik Bandar Puteri, Klang  Selangor malam tadi, berjaya ditemukan pasukan penyelamat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sebelum kejadian berlaku pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada jam 9.07 malam.

“Bertindak atas maklumat itu sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk tindakan lanjut.

“Pemeriksaan di lokasi mendapati lokasi kejadian disahkan sebuah tasik di Bandar Puteri Klang yang mana insiden membabitkan dua orang lelaki warga tempatan disyaki lemas ketika mandi dalam tasik tersebut,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, setibanya di lokasi, anggota bomba memulakan pencarian kedua-dua mangsa yang hilang dengan menggunakan kaedah surface searching.

Advertisements

“Kedua-dua mangsa ditemui dalam jarak 10 meter daripada tebing pada kedalaman dua meter di tasik tersebut.

“Mayat kedua-dua mangsa berjaya dinaikkan ke atas dalam diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan sewajarnya.

“Identiti mangsa dikenalpasti sebagai Saravanan dan Rajkumar masing-masing berusia 29 dan 30 tahun,” katanya.

Menurut Ahmad Mukhlis, bomba menamatkan operasi pencarian pada 12.40 tengah malam tadi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan