34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

PERKESO bantu 500 pekerja syarikat penerbangan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEBIH 500 pekerja sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang ditamatkan perkhidmatan akan dibantu oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi agensinya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, KSM sedia maklum berkenaan kemelut yang sedang dihadapi oleh sebuah syarikat penerbangan tempatan yang sedang hangat disiarkan melalui media massa ketika ini.

Katanya, kementerian menerusi agensinya PERKESO sentiasa memantau perkembangan terkini bagi memastikan segala perkara yang melibatkan kebajikan pekerja akan diambil tindakan segera.

“Berdasarkan rekod caruman PERKESO, lebih 500 orang pekerja dijangka menerima manfaat Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO.

“Pekerja berkenaan akan menerima gantian pendapatan untuk tempoh tiga hingga enam bulan sementara mendapat kerjaya baharu,” katanya menerusi kenyataan, di sini.

Advertisements

V. Sivakumar berkata, manfaat Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) itu diberikan selepas semakan terhadap rekod caruman Sistem Insurans Pekerjaan
(SIP) mereka memenuhi syarat kelayakan.

Jelasnya, kementerian dan PERKESO komited serta sentiasa bersedia membantu meringankan bebanan mereka dari segi kewangan akibat diberhentikan kerja.

Selain itu, katanya, pekerja syarikat penerbangan ini akan dibantu melalui
peningkatan kemahiran (upskilling) mengikut keperluan individu.

“Malah, mereka akan dimaklumkan mengenai kekosongan jawatan dan penempatan pekerjaan baharu melalui portal perkhidmatan pekerjaan negara
MYFutureJobs.

“Bantuan kepada pekerja yang terkesan juga turut merangkumi perkhidmatan
sokongan pekerjaan secara individu dan kaunseling kerjaya oleh Pegawai
Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan