33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Keluarga arwah Fiza terima dua faedah PERKESO

Mesti Baca

WARIS kepada Siti Nor Hafiza Kamarudin, 40, pengarang portal hiburan yang meninggal dunia akibat barah di London, layak menerima Faedah Pencen Penakat dan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed memaklumkan, semakan rekod caruman ibu kepada dua cahaya mata, masing-masing berusia 8 dan 10 tahun itu mendapati, beliau pernah berkhidmat di tujuh syarikat berbeza, sejak Disember 2002.

“Sehubungan itu, suami Allahyarhamah, Roshdi Ramli, layak mendapat faedah PERKESO untuk sepanjang hayat, manakala dua anaknya diberikan manfaat sama sehingga berusia 21 tahun jika belum berkahwin dan boleh dilanjutkan sekiranya menyambung pengajian ke peringkat ijazah pertama.

“Berdasarkan rekod caruman PERKESO milik Siti Nor Hafiza, mendapati keluarganya layak untuk menerima bayaran berkala Faedah Pencen Penakat berjumlah RM1,975 setiap bulan dan FPM sebanyak RM2,000 secara sekali bayar, menerusi Skim Keilatan, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4),” katanya ketika mengadakan Ziarah Prihatin di kediaman waris wartawan terbabit.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet.

Advertisements

PERKESO menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah dan semoga penyaluran faedah ini berupaya membantu kelangsungan hidup mereka.

Terdahulu, pemergian wartawan hiburan berkenaan turut mendapat perhatian rakyat Malaysia yang menderma melalui tabung BANTULAH FIZA.

Sumbangan derma daripada pihak artis, media dan orang ramai ini disalurkan melalui Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dimana sebanyak RM50,000 sebelum ini turut disampaikan.

Ia bagi membiayai kos membawa pulang jenazah ke tanahair pada Sabtu lalu.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan