30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

PERKESO selesai salur bayaran berkala 573,000 pencarum

Mesti Baca

PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (PERKESO) sudah mengkreditkan bayaran faedah berkala kepada 573,000 pencarum di seluruh negara sejak semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, berkata penyaluran bayaran lain merangkumi Pencen Ilat, Faedah Orang Tanggungan, Pencen Penakat dan Faedah Hilang Upaya Kekal membabitkan jumlah keseluruhan kira-kira RM325 juta.

“Komitmen pembayaran jangka panjang bagi semua penyaluran faedah berkenaan masih menepati jadual ditetapkan.

“Ia penting kerana bayaran faedah berkala adalah talian hayat kepada anak yatim, ibu tunggal dan individu dilanda bencana di seluruh negara.

Advertisements

“Semua sistem dan teras PERKESO sudah beroperasi seperti sedia kala, dengan langkah penambahbaikan khususnya dari segi aspek keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, baru-baru ini, pangkalan maklumat dan laman sesawang PERKESO diserang penggodam.

Berikutan itu, PERKESO segera bertindak dengan mengaktifkan pelan pengurusan krisis diaktifkan pada hari sama manakala unit teknologi dan komunikasi maklumat (ICT) digerakkan bagi tujuan pemulihan sistem.

Peringkat awal modus operandi serangan siber itu dilapor bertujuan melumpuhkan infrastruktur sistem PERKESO yang digunakan bagi pengoperasian seharian. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan