28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

UMNO benteng kepentingan Melayu dalam Kerajaan Perpaduan

Mesti Baca

UMNO adalah benteng kepentingan Melayu, Islam dan Raja-raja Melayu dalam Kerajaan Perpaduan.

Justeru, tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, parti itu tidak akan sesekali bersetuju dengan apa sahaja cadangan atau keputusan yang tidak sesuai dengan dasar parti keramat itu.

Katanya, dakwaan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi bahawa UMNO hanya “alas kaki” DAP dalam Kerajaan Perpaduan hanya untuk memanaskan hubungan antara kedua-dua parti tersebut.

“UMNO bukan Pas yang puji DAP melangit waktu bersekongkol dulu. Lim Guan Eng disamakan seperti Khalifah Umar Abd Aziz.

“Afnan Hamimi juga kata DAP naik tocang. Sebenarnya PAS yang naik tocang bila menang banyak kerusi berbanding UMNO dan Bersatu.

“Pas semakin ganas keluar fatwa politik yang memecahkan belahkan orang Melayu. Ajaran Islam wajibka bayar hutang.

Advertisements

Tetapi Pas liat bayar hutang Harakah. Pas jadikan Islam “alas kaki” kerana “naik tocang”,” bidas Mohd Puad.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit berkata, beliau sedar pihak lawan menjadikan kerjasama UMNO-DAP fokus untuk lemahkan kerajaan perpaduan.

Katanya, apa sahaja kenyataan pemimpin atau ahli DAP yang kontroversi akan dieksploitasi untuk tujuan tersebut.

“Kenyataan itu ada kalanya bersifat peribadi. Ia hanya cadangan. Belum pasti dilaksana. Perlu dipersetujui oleh Kabinet.

“UMNO tidak akan setuju jika tidak sesuai dengan dasar UMNO. Sebab itu ada hikmahnya UMNO berada dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lakukan ‘total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan...

Lagi Artikel Berkaitan