32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Bunuh suami: ‘Pengantin kanak-kanak’ dihukum gantung

Mesti Baca

SEORANG wanita dari Iran yang menikahi suaminya ketika berusia 15 tahun, dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Wanita itu disabitkan kesalahan membunuh suaminya selepas kempen antarabangsa mendesak dia diampunkan tidak dihiraukan.

Pengarah kumpulan Hak Asasi Manusia Iran (IHR) yang berpangkalan di Norway, Mahmood-Amiry Moghaddam berkata, wanita berkenaan dikenali sebagai Samira Sabzian.

Katanya, Samira dipenjarakan sejak sedekad lalu dan dihukum bunuh ketika waktu subuh pada Rabu di penjara Ghezel Hesar di bandar satelit Tehran, Karaj.

Tambahnya, wanita itu adalah pengantin kanak-kanak yang berkahwin dengan suaminya pada usia 15 tahun dan menurut saudara-maranya dia juga menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

“Dia ditahan 10 tahun lalu ketika berusia 19 tahun atas tuduhan membunuh suaminya dan kemudian dijatuhi hukuman mati.

“Dia mempunyai dua anak yang tidak pernah dilihatnya selepas ditahan sehingga mesyuarat terakhir di penjara awal bulan ini.

Advertisements

“Samira adalah mangsa ‘apartheid jantina’ apabila melalui fasa perkahwinan kanak-kanak termasuk keganasan rumah tangga selama bertahun-tahun dan hari ini dia menjadi mangsa pembunuh rejim yang tidak cekap serta makan rasuah,” katanya.

Dalam pada itu, Kumpulan hak asasi manusia Amnesty International (Amnesty), sudah lama menimbulkan kebimbangan mengenai lonjakan hukuman mati di Iran pada 2023 apabila pada November sahaja, sekurang-kurangnya 115 orang dibunuh.

 Justeru, Amnesty menggesa Iran tidak melaksanakan hukuman berkenaan dengan menyatakan pihak berkuasa sebenarnya melakukan ‘pembunuhan atas nama negara’.

Sementara itu, Kerajaan British pula meminta Iran untuk menyelamatkan nyawa Samira.

“Samira adalah mangsa perkahwinan kanak-kanak. Iran mesti menghentikan layanan buruknya terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan,” kata Menteri Luar Negeri, Tariq Ahmad menerusi platform X.

Menurut IHR, 18 wanita dihukum mati di Iran tahun ini, termasuk Samira Sabzian. -Agensi

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan