25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

MKM terima lesen PJH, tawar baucar diskaun RM1 juta

Mesti Baca

MKM Ticketing Travel and Tours Sdn Bhd (MKM), salah sebuah syarikat pengendali umrah dan haji yang terkenal di Malaysia, telah mendapat kepercayaan Lembaga Tabung Haji (TH) untuk mengurus jemaah ke Tanah Suci bagi Musim Haji 2024.

Baru-baru ini, MKM merupakan antara 25 buah syarikat tempatan yang terpilih untuk diberikan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) pada musim ini.

Pengarah Strategik MKM, Abdul Hadi Abdul Raman berterima kasih kepada pihak pengurusan TH kerana melantik syarikat sebagai PJH sejak tahun 2016 yang pasti dibuat berdasarkan keupayaan syarikat memberikan perkhidmatan yang cekap dan profesional.

“Pemberian lesen PJH itu merupakan manifestasi kepercayaan berterusan TH terhadap MKM sebagai antara syarikat tempatan terpilih yang benar-benar berkelayakan selain berjaya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu Pengurus Haji MKM, Ahmad Safuan Nizam Mohd pula berkata, MKM sudah bersedia sepenuhnya untuk menawarkan perkhidmatan pengendalian yang terbaik dan cekap serta kemudahan berkualiti kepada para jemaahnya termasuklah mempunyai pejabat cawangannya di Tanah Suci baru-baru ini.

Advertisements

“Kami mempunyai pengalaman hampir 20 tahun mengendalikan ibadah umrah dan haji, dengan berjaya menerbangkan hampir 100,000 jemaah rakyat Malaysia dalam tempoh tersebut, sekali gus membuktikan MKM sebagai syarikat yang kukuh dan mampu menawarkan perkhidmatan terbaik.

“Selain itu, kewujudan pejabat cawangan kami di Mekah akan memudahkan lagi sebarang urusan berkaitan dengan pengendalian jemaah serta usaha menjaga kebajikan mereka sepanjang berada di sana,” kata beliau.

MKM terima lesen kendali jemaah haji, tawar baucar diskaun bernilai RM1 juta Bagi Musim Haji 2024, Ahmad Safuan menambah, pihak pengurusan syarikat bakal mengumumkan pakej-pakej Haji menarik tidak lama lagi selain

memperuntukkan RM1 juta bagi menyediakan baucar khas bernilai RM5,000 kepada setiap jemaah yang terpilih, baucar berkenaan terhad kepada mereka yang terawal mendaftar dengan MKM.

Katanya, bakal jemaah Haji yang ingin menikmati baucar berkenaan bolehlah mengimbas Kod QR yang disediakan di platform media sosial MKM tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan