26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Elly Mazlein terbang tinggi dengan single ‘Sayap’

Mesti Baca

SELEPAS 17 tahun sepi daripada lagu baharu, penghibur Malaysia, Elly Mazlein,tampil dan terbang tinggi dengan single terbaharunya berjudul ‘Sayap’, terbitan Rocketfuel Entertainment.

Menariknya, dalam usaha mempromosikan lagu berkenaan, baru-baru ini, peminat dan pendengar diberi peluang mendengarkan lagu dan menyaksikan video muzik ‘Sayap’ menerusi Elly Mazlein (Saluran 111), yang juga saluran sementara (pop-up) disajikan secara eksklusif kepada pelanggan Astro.

Elly Mazlein (Saluran 111) bersiaran bermula 12 tengah malam, 25 Januari sehingga 11.59 malam, 26 Januari 2024, selama 48 jam di Astro.

Selama tempoh bersiaran, peminat bakal meneroka dunia seni nyanyian Elly Mazlein dengan pelbagai pengisian menarik termasuk video muzik ‘Sayap’, temu bual eksklusif dan momen- momen di sebalik pembikiran muzik video.

Format unik ini ditampilkan untuk memberi pendekatan baharu yang lebih interaktif dan menggembirakan kepada peminat agar lebih mendekati dan meraikan kemunculan semula Elly Mazlein di pentas muzik tempatan.

Malah, Elly Mazlein (Saluran 111) bakal mencipta sejarah dan meraih anugerah sebagai penerima Malaysia Book of Records yang akan dimaklumkan kemudian.

Elly Mazlein turut menyatakan keterujaannya mengenai pelancaran saluran istimewa itu.

“Saya sangat gembira berkongsi Sayap dengan peminat setelah sekian lama berada di dalam industri muzik tempatan.

Advertisements

“Elly Mazlein (Saluran 111) ini adalah salah satu cara untuk saya mencipta kenangan dan memberikan buah tangan terbaharu kepada peminat.

“Saya berharap agar semua peminat gembira menyaksikannya dan menyertai saya dalam mencipta sejarah buat pertama kalinya di Malaysia,” katanya.

‘Sayap’ dicipta oleh komposer dan penulis lirik popular tempatan seperti Naim Daniel, Omar K, dan Iqie Hugh.

Lagu ini mempunyai maksud yang tersendiri, dengan mengetengahkan elemen kasih sayang serta cinta kepada Maha Pencipta dan sesama manusia.

Lirik yang ditonjolkan pula berunsurkan ketuhanan dan mempunyai mesej mendalam tentang keperibadian manusia yang sentiasa diberi ruang dan peluang untuk menuju ke arah kebaikan.

Kemunculan semula Elly Mazlein bukan sekadar mewarnai industri muzik, namun ia menyaksikan saat yang signifikan dalam kerjaya Elly Mazlein yang semakin meningkat naik.

Lagu ‘Sayap’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan melalui kesemua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian pilihan utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala video muzik juga boleh ditonton di saluran YouTube Rocketfuel Network. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan