34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Mata wang tempatan susut berbanding dolar AS

Mesti Baca

MATA wang tempatan dilaporkan susut dengan nilai kepada 4.7365/7305 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada penutupan Jumaat pada 4.7260/7305, pagi ini.

Keadaan urusniaga itu dipercayai berlaku apabila pelabur beralih kepada mata wang dolar yang dikira lebih selamat di tengah-tengah peningkatan konflik di Asia Barat.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata konflik itu boleh memberi manfaat kepada dolar AS.

“Selain itu, kami berpandangan bahawa Belanjawan 2024 memberikan impak positif berikutan komitmen kerajaan untuk konsolidasi fiskal.

“Ini baik untuk ringgit dalam jangka sederhana. Buat masa ini, kami menjangkakan ketidaktentuan yang berterusan, didorong oleh peristiwa luaran,”katanya.

Sementara itu, Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata memandangkan tumpuan peserta pasaran terus terarah ke Asia Barat, dolar AS seharusnya kekal utuh minggu ini.

Advertisements

“Dan walaupun harga tenaga yang lebih tinggi tidak begitu memberangsangkan untuk kebanyakan negara dan mata wang Asia, ringgit mungkin agak terlindung disebabkan oleh harga gas asli yang lebih tinggi,” kata Innes.

Namun begitu, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.7544/7604 daripada 5.7615/7670 tetapi merosot berbanding euro kepada 4.9828/9881 daripada 4.9760/9807 dan rendah berbanding yen kepada 3.1689/1724 daripada 3.1582/1615 pada penutup Jumaat.

Pada masa sama, ringgit diniagakan lemah berbanding mata wang Asia yang lain.

Ia menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.4576/4615 daripada 3.4522/4559 dan rendah berbanding baht Thai pada 13.0676/0854 daripada 12.9810/9995 sebelumnya.

Nilai mata wang tempatan turun sedikit berbanding rupiah Indonesian pada 302.0/302.4 daripada 301.3/301.7 dan merosot berbanding peso Filipina pada 8.33/8.35 daripada 8.32/8.33 sebelum ini. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Bekas kakitangan Utusan dapat persetujuan Mahkamah Persekutuan

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan