26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Kedutaan Malaysia di Beirut diarah berjaga-jaga

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN telah mengarahkan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau keadaan rakyat Malaysia di Lubnan.

Kementerian Luar Negeri (KLN) menerusi kenyataan berkata, ini termasuk pasukan pengaman iaitu Kumpulan Malaysian Battalion 850-10 (Malbatt 850-10) yang berkhidmat di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil).

Katanya, arahan tersebut dikeluarkan berikutan konflik Palestin-Israel yang semakin berterusan dengan kawasan di Selatan Lubnan turut menjadi serangan tentera Israel.

“Kedutaan Besar Malaysia di Beirut telah berhubung rapat dengan 12 warga Malaysia serta keluarga yang kin bermastautin di Lubnan.

“Dalam keadaan semasa, warga Malaysia disaran agar dapat menangguhkan perjalanan yang tidak penting (non-essential travel) ke Lubnan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

KLN berkata, sebagai langkah awal, kerajaan memutuskan agar ahli keluarga kakitangan Kedutaan Besar Malaysia kembali ke negara ini sehingga keadaan keselamatan membenarkan.

Katanya, ia sebagai langkah proaktif kerajaan bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia menjadi keutamaan negara.

“Walau bagaimanapun, Kedutaan Besar Malaysia akan terus beroperasi seperti biasa.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular dan mempunyai pertanyaaan boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan