25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Fasha sedia terima babak ranjang dikritik penonton

Mesti Baca

TERUS mencipta sensasi, pelakon Fasha Sandha memilih bersikap terbuka jika babak ranjang dalam drama bersiri terbaharunya, Rampas Cintaku 2 tular hingga mendapat reaksi negatif daripada pelbagai pihak.

Fasha, 40, berkata, dia yakin penonton hari ini lebih bijak dan rasional dalam membuat penilaian.

“Saya tidak boleh halang jika ada yang suka mahupun tidak babak seperti itu.

“Sebagai pelakon, saya hanya menjalankan tanggungjawab mengikut skrip yang diberikan. Saya percaya cerita ini ada banyak kisah moral dan pengajaran yang boleh diambil oleh penonton.

“Terpulang kepada penonton sama ada mereka mahu menilai dari sudut positif ataupun negatif. Terserah pada pandangan masing-masing mahu terima atau tidak,” katanya.

Fasha berkata, dia juga terima jika babak ranjang itu sengaja ditularkan dan ia dapat membantu meningkatkan jumlah penonton.

“Jika babak itu tular ia menjadi sebahagian daripada promosi drama ini, secara tidak langsung membantu penerbitan meraih sasaran tontonan sebanyak 400 juta seperti yang diharapkan.

Advertisements

“Saya juga mengharapkan drama ini trending dan menjadi fenomena,” katanya ketika ditemui pada sidang media dan tayangan perdana Rampas Cintaku 2, baru-baru ini.

Berkongsi mengenai wataknya, Fasha berkata, dia perlu menguruskan badan kerana membawakan watak ‘sugar mummy’ untuk musim kedua ini.

“Saya memang tidak sangka drama ini boleh mencetuskan fenomena sehingga mendapat jumlah tontonan 100 juta pada musim pertama.

“Penerbit ada beritahu, jika drama ini ada musim kedua, saya perlu kuruskan badan. Pada awal terasa hati juga seperti mereka ‘body shaming’ saya, tetapi saya ambil yang positif sahaja.

“Sejak kurus saya rasa lebih bertenaga dan ‘fresh’. Bukan bermakna gemuk itu tidak bagus tetapi apabila kurus ini rasa badan lebih ringan untuk bergerak dan melakukan kerja dengan lebih pantas,” katanya lagi.

Selain Fasha, drama terbitan MIG Production itu turut dilakonkan oleh bintang handalan seperti Erra Fazira, Zamarul Hisham, Keith Foo, Afieq Shazwan, Puteri Balqis dan ramai lagi.

Rampas Cintaku 2 akan mula disiarkan di platform penstriman iQIYI Malaysia bermula Jumaat ini. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan