Monday, July 20, 2026

Zahnita gementar selepas 10 tahun tak beraksi depan kamera

Model dan pelakon era 2000-an itu terlibat dalam klip video muzik Aku Tetap Raya nyanyian pendatang baharu, Soma.

Mesti Baca

“SAYA tidak sangka akan kembali ke set penggambaran selepas berpuluh tahun menyepi. Sewaktu kamera mula merakam, perasaan bercampur-baur. Ada rasa gementar, ada juga rasa terharu kerana masih diberi peluang untuk berkarya…”

Demikian luahan model dan pelakon terkenal era 2000-an, Zahnita Wilson berhubung penglibatannya dalam klip video muzik Aku Tetap Raya nyanyian pendatang baharu, Soma.

Pengalaman itu menjadi detik istimewa buat Zahnita, yang sudah lama meninggalkan dunia seni dan lebih memberi tumpuan kepada keluarga serta kehidupan peribadinya di Kuantan, Pahang.

Pemilik nama Zahnita Dorothy Hussein Wilson itu berkata, dengan bantuan pihak produksi yang berpengalaman serta sikap Soma yang sangat lembut membuatkan dia tidak kekok dan terus bersemangat untuk melakonkan wataknya.

Keterujaan Zahnita, 39, untuk kembali beraksi di hadapan kamera hadir di saat dia baru sahaja menghadapi dugaan besar dalam kehidupan peribadi dan rumahtangganya. 

Penampilan Zahnita Wilson (kiri) dalam video muzik lagu Aku Tetap Raya nyanyian Soma.

Namun, Zahnita enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan hanya mahu memberi fokus kepada masa depan.

“Saya mahu terus kuat untuk anak-anak dan ingin menjalani kehidupan yang lebih bermakna selepas ini,” tambahnya lagi.

Lagu Aku Tetap Raya yang baru dilancarkan pada 6 Mac lalu menampilkan tema kekeluargaan dan erti sebenar sambutan Aidilfitri.

Selain Zahnita, video muzik itu juga menampilkan artis senior terunggul, Datuk Khadijah Ibrahim.

Lagu Aku Tetap Raya merupakan ciptaan bersama Belle Fattah, Adinda Amiro, dan Soma sendiri sebagai penulis lirik. 

Dengan diringi melodi yang ceria dan lirik yang menggambarkan semangat Syawal, lagu ini diharap dapat membawa keceriaan kepada peminat muzik tempatan sepanjang musim perayaan ini. 

“Lagu ini sangat bermakna pada saya kerana, saya cuba tampilkan kemeriahan sambutan raya berkeluarga dan semangat untuk pulang beraya pada yang tinggal di kota,” ujar Soma.

Dia yang sebelum ini telah melancarkan album pertamanya, Perjalanan manakala Aku Tetap Raya ini merupakan lagu raya pertama yang beliau hasilkan. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan