25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Polis siasat kes duit pelakon lesap dalam bank

Mesti Baca

POLIS sedang menyiasat kes pelakon wanita, Dynas Mokhtar yang  mengalami kerugian RM29,313 apabila wang simpanan peribadinya di dalam akaun bank lesap tanpa pengetahuannya.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Jenayah Komputer 1997 (Capaian Tanpa Kuasa) setelah mengesan kenyataan mangsa berusia 40 tahun itu yang juga pengurus syarikat kosmetik di laman sosial mengenai kehilangan wang simpanannya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati wanita itu telah membuat semakan penyata akaun peribadi pada Sabtu lalu dan mendapati terdapat 11 transaksi mulai 8 hingga 12 Januari lalu yang dilakukan tanpa pengetahuannya.

“Mangsa membuat laporan polis menafikan dan menyatakan beliau tidak pernah memberikan butiran peribadi perbankan kepada mana-mana pihak ketiga atau menerima sebarang pesanan ringkas nombor OTP (kata laluan sekali) bagi kesemua transaksi terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan kes ini.

“Sebarang maklumat lain berkaitan jenayah atau aktiviti yang mencurigakan, boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03- 21460584/0585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.

Advertisements

Terdahulu,  pelakon itu berkongsi rasa sedih apabila wang simpanannya di bank ‘hilang’ dan akaunnya hampir kosong.

Menerusi hantaran di Instagram, penama sebenar Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar itu berkata, kejadian itu hanya disedari apabila dia ingin membayar gaji pengurusnya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan