24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Fasha tidak berkira soal bayaran

Mesti Baca

MINAT yang begitu mendalam terhadap dunia lakonan kadang kala membuatkan pelakon Fasha Sandha tidak terlalu berkira soal bayaran.

Meskipun sedar dirinya berada pada senarai pelakon gred A, itu bukan masalah untuknya menerima bayaran yang sedikit, yang penting kepuasan terhadap sesuatu watak yang dijayakan.

Fasha berkata, dalam berkarya seorang anak seni perlu membuat pertimbangan wajar dalam memilih naskhah, bukan bersandarkan pada tarikan wang semata-mata.

“Apabila menerima sesuatu tawaran setiap drama mahupun filem ia mempunyai bajet tertentu tetapi kita kena lihat situasi antaranya tidak boleh ikut kadar bayaran semasa kita.

“Seperti filem ini saya buat kerana cinta pada lakonan selain dapat timba ilmu dengan orang-orang yang berpengalaman.

“Bayaran itu subjektif, setiap pelakon perlu jaga kadar masing-masing, jangan sampai dipermainkan,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan filem Cerana Biduk Bu Merah di sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur, semalam.

Pelakon berusia 39 tahun itu berkata, kesanggupannya memenuhi tawaran penerbit dan pengarah Haizul Anafer Ali adalah bersandarkan kredibilitinya sebagai seorang yang berpengalaman sekali gus membuatkan dirinya mahu membantu.

“Mana tahu, hari ini hari dia, esok lusa, mungkin hari kita pula. Alhamdulillah, dia juga banyak projek lain, jadi rezeki itu mungkin berbalik semula kepada saya,” katanya.

Advertisements

Cerana Biduk Bu Merak adalah filem genre seram yang diterbitkan oleh Goldhill Pictures Sdn Bhd mengisahkan seorang wanita tua yang dipinggirkan orang kampung dan hidup bersendirian di sebuah rumah pusaka.

Bu Merah menyelamatkan seorang gadis bernama Sofia yang hampir dirogol.

Walaupun sudah berusia, kulit Bu Merah tidak berkedut malah sentiasa cantik kerana menjadi hamba kepada penjaga Cerana Biduk yang berpuaka.

Filem itu bakal ditayangkan di 70 pawagam tanah air bermula 12 Oktober ini.

Dalam pada itu, Fasha berkata, barisan pelakon hebat terutamanya Wan Hanafi Su antara sebab membuatkannya terus menerima tawaran daripada Haizul.

Mengimbas semula pengalaman di set penggambaran lima tahun lalu, Fasha berkata, dia bersyukur tiada sebarang kejadian aneh berlaku namun berdepan gangguan misteri di inap desa yang terletak di Kuala Kangsar, Perak itu.

“Sebelum bekerja terutama di lokasi terpencil saya pastikan jaga adab dan ‘minta izin’ supaya kerja berjalan lancar kerana niat hendak mencari rezeki.

“Alhamdulillah tiada sebarang kejadian aneh berlaku kepada saya sepanjang penggambaran cuma ketika di tempat penginapan kami terdengar bunyi cakaran di dinding pada waktu malam,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan