25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Relasis lahir generasi punya jati diri, semangat kesukarelawanan tinggi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BRIDGE Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Siswa Siswi (Relasis) melahirkan generasi muda yang mempunyai jati diri dan semangat kesukarelawanan yang tinggi sejajar dengan konsep keselamatan tanggungjawab bersama.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Ruji Ubi berkata, penubuhan Briged Relasis juga secara langsung telah mewujudkan banyak pilihan kepada pelajar-pelajar untuk menyertai aktiviti kokurikulum.

Katanya, sejak ditubuhkan pada 2010 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), seramai 2,276 pelajar telah berjaya ditauliahkan.

“Inisiatif Rela dalam mengembleng sukarelawan khususnya pelatih Relasis yang juga golongan muda seharusnya dimanfaat sebaik mungkin dalam memajukan masyarakat setempat.

“Ini kerana mereka merupakan pelapis kepimpinan negara pada masa depan,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas menyempurnakan pentauliahan 93 pelatih Briged Relasis di Akademi Latihan Rela (Alarm) Sungai Udang, Melaka hari ini.

Seramai 41 pelatih merupakan penuntut jurusan jurusan ijazah sarjana muda manakala 52 orang pelatih pula penuntut jurusan diploma.

Secara keseluruhan, sebanyak 183 pelajar telah ditauliahkan watikah Pegawai Sukarelawan Muda berpangkat Penolong Penguasa Kanan Rela (PPgKR).

Untuk rekod, sepanjang penubuhan briged tersebut sejak 2010, seramai 2,276 orang telah berjaya ditauliahkan..

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Datuk Abdul Halim Abd. Rahman dan Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan