25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Sekolah boleh ditutup tanpa tunggu kelulusan PPD jika bacaan IPU lebih 200

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PIHAK sekolah boleh menutup sekolah tanpa menunggu kelulusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sekiranya keadaan jerebu semakin teruk dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, pihak sekolah perlu sentiasa memantau kualiti udara dan bacaan IPU melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar.

“Menurut garis panduan KPM dalam usaha menangani situasi jerebu, jika bacaan IPU melebihi 100, tiada sebarang aktiviti luar boleh dilaksanakan di sekolah manakala jika ia melebihi 200, sekolah akan ditutup dan pembelajaran perlu dilakukan secara dalam talian.

“Pihak sekolah tidak perlu menunggu kelulusan namun perlu memaklumkan kepada PPD,”katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Jeti Chew, hari ini.

Tambahnya, pemakaian pelitup muka juga digalakkan di sekolah dan pelajar perlu minum air dengan cukup.

Advertisements

Selain itu, Lim turut menasihati ibu bapa agar sentiasa meneliti keadaan kesihatan anak-anak serta mengurangkan aktiviti di luar rumah memandangkan kualiti udara yang kurang baik.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri Daniel Gooi berkata setakat 9 pagi tadi tiga daripada empat stesen bacaan IPU di Pulau Pinang merekodkan kualiti udara yang amat baik.

“Saya percaya keadaan jerebu di negeri ini menunjukkan pengurangan kerana hujan yang turun beberapa hari kebelakangan ini.

“Namun, saya telah memberi arahan kepada Jabatan Kesihatan negeri untuk memantau jika terdapat peningkatan kes yang terlibat dengan sistem pernafasan akibat jerebu untuk pihak kami menyusuli dengan tindakan seterusnya,”katanya.- BERNAMA

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan