26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Isteri, anak perempuan PM santuni mangsa banjir di Selangor

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ISTERI Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin hari ini meluangkan masanya melawat mangsa-mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Selangor.

Kehadiran Muhaini bersama anak perempuannya, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri menyantuni mangsa-mangsa banjir tanpa kawalan keselamatan dan protokol mengejutkan mereka.

Muhaini dan Nina Sabrina meluangkan masa dengan bertanya khabar keadaan mangsa selain menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada mereka.

Difahamkan kedua-dua beranak itu memulakan tinjauan ke PPS sejak awal pagi lagi bermula dari PPS Dewan Kekwa Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 17 Shah Alam, PPS Sekolah Rendah Agama Sementa dan PPS Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding.

Muhaini dan Nina Sabrina menyantuni mangsa banjir di Shah Alam, Selangor.

Kebanyakan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS berkenaan tidak menyangka kehadiran Muhaini dan Nina Sabrina, malah ada yang menangis kerana terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh isteri dan anak Perdana Menteri.

Baca juga:   Kelab komedi rupanya tidak memiliki lesen hiburan sejak 2014

Menurut salah seorang mangsa, selain menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada mangsa, isteri Perdana Menteri turut berpesan agar mereka bersabar dan tabah menghadapi dugaan daripada Allah SWT.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara pemimpin terawal yang turun padang meninjau keadaan banjir pada tengah malam Sabtu lalu.

Beliau telah bergegas ke Kampung Bukit Lanchong, Putera Height, selepas mengetahui terdapat ratusan penduduknya terperangkap ekoran banjir yang melanda.

Keesokan harinya, seawal pagi Perdana Menteri telah berada di beberapa PPS untuk menyantuni mangsa selain mengumumkan bantuan RM1,000 kepada setiap keluarga.

Baca juga:   Tiada kes COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir di PPS

-EDISI9

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan