31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Ismail Sabri umum RM100 juta bantuan awal pascabanjir

Mesti Baca

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta bantuan pascabanjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain akibat bencana itu.

Menurut Perdana Menteri, dana tersebut adalah untuk peruntukan awal bagi membantu meringankan beban mangsa banjir.

“Saya tahu banyak kerosakan yang berlaku jadi peruntukan awal ini adalah sebanyak RM100 juta.

“Selain itu, setiap ketua isi rumah mangsa banjir juga akan diberi bantuan RM1,000,” katanya dalam sidang media perkembangan situasi banjir negara hari ini.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga akan mempercepatkan pemberian Bantuan Wang Ihsan RM1,000 di kawasan yang terjejas banjir.

Beliau berkata, pada masa sama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga bersetuju menyalurkan sumbangan secara geran padanan dengan kerajaan.

Advertisements

“Untuk peringkat awal ini selepas perbincangan dilakukan semalam mereka setuju memperuntukkan dana RM20 juta dan daripada kerajaan juga RM20 juta menjadikan RM40 juta.

“Itu antara bantuan yang kita akan berikan secara segara bagi membantu mengurangkan bebanan mangsa banjir,” katanya.

Ismail Sabri turut mengumumkan cuti kecemasan kepada semua kakitangan awam yang terkesan akibat bencana banjir.

“Esok hari bekerja dan kerajaan faham tentang kesusahan mangsa banjir dan bersetuju memberikan cuti kecemasan akibat bencana ini kepada kakitangan awam yang terkesan akibat banjir.

“Bila mereka boleh masuk bekerja semula perlu dibincang dengan ketua jabatan masing-masing untuk menentukannya dan berharap ia selepas kerja-kerja pasca banjir selesai dilakukan,” katanya.

Beliau turut menyeru kepada majikan swasta supaya memberikan cuti kecemasan kepada pekerja mereka yang terkesan akibat banjir dengan tidak menolak cuti tahunan dan gaji atau cuti berbayar. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan